B A L I
Siapa suka Bali? Aku rasa rata2 semua suka Bali. Pada yang tak pernah travel ke Bali, silalah travel ke Bali. Sebelum aku cerita detail pasal Bali, jom study tempat2 di Bali.
cc: flynote.com
Bali ni terkenal dengan pantai2 yang cantik, kuil2 Buddha, pasar seni di kawasan Ubud, jelapang padi yang menghijau dan banyak lagi tempat2 yang best2. Selepas aku travel ke Jakarta n Bandung, Bali ni merupakan tempat kedua yang aku travel. Masih menggunakan Air Asia sebab dapat harga tiket yang boleh tahan murah, aku ke Bali dengan tanpa itinerary juga. Redah jugalah kali ini. Tapi macam biasa aku tak berapa study soal Bali ni, aku redah je, hotel pun sama. Sebab dah tahu sedikit sebanyak pasal Indonesia terutama bab mata wang Indonesia ni jadi aku dah boleh buat kira2 budget.
Ada apa dengan Bali?
Banyak sangat. Aku rasa post kali ini pasal Bali mungkin lebih banyak dari Jakarta dan Bandung. Untuk info semua, Bali ni terkenal dengan ramai pelancong dari merata dunia. Touchdown di Ngurah Rai International Airport, Denpasar Bali, airport Bali paling besar dan cantik aku pernah tengok.
Banyak hotel aku dah stay di Bali tapi setiap hotel tu kawasan yang berbeza2. Aku pernah menginap di area Kuta, Nusa Penida, Nusa Dua dan Seminyak. Untuk yang pertama kali datang ke Bali, aku cadangkan menginap di kawasan bandar dulu iaitu Kuta untuk lebih tahu selok belok kawasan bandar sebelum bercadang menginap di sekitar kawasan yang jauh2. Aku listkan satu2 setiap kawasan di Bali ini untuk memudahkan korang buat itinerary nanti.
Kalau korang travel ke Bali ni memang tak cukuplah 2-3 hari sebenarnya. Sebab apa? Bali ni kalau ikutkan takdelah jauh2 sangat tapi sebab macet jadi perjalanan tu jadi panjang sebab tu aku sendiri travel ke Bali sahaja 6 kali, sebab tak cukup nak explore Bali ni. Belum lagi lengkap sebenarnya tapi tulah aku dah travel ke negara lain. Kenapa 6 kali? Sebab Bali ni istimewa, penuh dengan alam semulajadi yang cantik. Mana cukup nak pergi 3-4 hari? Tak cukup. Kuta, Legian, Seminyak, Ubud, Kintamani, Nusa Dua, Gianyar, Jimbaran, Nusa Lembongan dan banyak lagi tempat yang korang kena redah, cuma aku boleh listkan je mana yang aku pernah pergi.
Hard Rock Bali
Antara tarikan menarik di Kuta ialah Hard Rock Bali, betul2 di hadapan pantai Kuta, banyak cafe2 yang ada di area Kuta yang terkenal dengan 'live band' sampai tengah malam atau pagi. Tak perlu risau nak cari live band, kalau kurang budget nak tengok di Hard Rock Kuta, boleh je cari live band di cafe2 tepi jalan sekitar Kuta. Pada yang suka melayan muzik dan tarian di kawasan Kuta Bali terdapat banyak pub2 or lounge2 yang senang dicari. Pokok pangkal tergantung apa niat masing2.
Monument Ground Zero Bali
Monument Ground Zero Bali ini dibangunkan untuk memperingati peringatan tragedi kemanusian yang terjadi di Jalan Legian Kuta Bali. Pada aku unik sebab ukiran monumen yang berwarna putih dan menjadi sejarah tragedi kemanusiaan berupa tragedi menggunakan bom yang terjadi pada tanggal 12 Oktober 2012. Tak susah nak nampak monumen ni sebab ianya di tengah2 bandar Kuta.
Beachwalk Shopping Center
Siapa yang suka shopping atau menikmati makanan2 disini banyak pilihan yang boleh korang pilih. Dari pantai Kuta boleh nampak mall ini di seberang jalan je, jadi tak ada masalah untuk korang berjalan kaki. Aha! Aku lupa nak bagitahu yang jalan area Kuta sangat2 lah sibuk dan macet (jammed). Jadi sewa motor atau berjalan kaki adalah pilihan terbaik. Berapa harga sewa motor? Tu aku cerita nanti.
Joger Kuta Bali
Ole-ole semua? Pasti ada. Di Bali ada banyak pusat ole-ole, menawarkan cendermata unik khas pulau Bali. Korang harus mengunjungi Joger Kuta Bali untuk dapatkan pelbagai jenis ole-ole yang boleh dibawa pulang untuk siapa2 je yang korang suka.
Cineplex 21 Beachwalk Bali
Korang tahu tak? Walaupun aku ni kaki travel tapi kadang2 wayang pun aku suka tengok. Jadi kalau ada kesempatan aku akan nonton wayang di mana2 negara yang aku travel, selalunya Indonesia nilah pilihan aku kalau nak tengok wayang.
Pantai Legian
Untuk penggemar sunset seperti aku wajib singgah untuk snap photo sunset atau sunrise di pantai legian yang bersebelahan dengan pantai Kuta. Aku ni bukan penggemar pantai cuma kalau kebetulan aku lalu kawasan pantai dan nampak sunset, memang aku akan snap... Jom tengok gambar sunset aku.
Kuta Art Market
Budak art kalau pergi travel pasti tak lepaskan peluang untuk melihat seni berbeza di negara lain betul tak? Aku pun memang setiap negara yang aku pergi mesti ada list tempat art untuk aku kunjungi. Ada dua lokasi pasar seni di area Kuta, ada yang di jalan Kuta Art Market dan yang lagi satu ada di Legian, namannya Legian Art Market. Untuk area Kuta banyak lagi tempat2 yang boleh korang explore, aku cuma kongsi sebahagian je sebab aku nak share kawasan lain pulak. Jom!
UBUD
Goa Gajah
Goa Gajah adalah tempat suci umat Hindu yang digunakan untuk ritual ibadah kepercayaan masyarakat setempat. Untuk mengunjungi destinasi wisata Goa Gajah, harga tiket masuknya Rp.30.000/orang (RM9.00). Satu aku nak pesan mana tempat yang kita pergi tak kisahlah ke mana pun, belajar hormat agama, budaya dan jaga tatasusila kita. Kalau datang bulan, elakkan masuk ke tempat2 macam ini.
Pura Tirta Empul
Pura Tirta Empul dibuka setiap hari bermula jam 8.00 pagi dengan harga tiket sebanyak Rp.50.000/orang (RM15.00). Air dari mata air ini di gunakan oleh masyarakat pemeluk agama Hindu, untuk permandian menyucikan diri dan memohon tirta suci. Dan satu peringatan buat anda semua yang travel tapi tak cukup kain, kalau kunjungi tempat2 suci pasti anda akan diberikan sarong sebagai tanda menghormati tempat2 agama. Mana2 negara yg kita travel, banyak2 la membaca dan hormat budaya orang.
Tegalalang Rice Terrace
Sawah padi bertingkat. Menarik tertarik tapi kalau nak turun sampai bawah memang setengah jam pun tak cukup. Sekurang2nya perlu 1 jam termasuk mengopi (tapi aku lupa nama cafe kecil tu). Sebab padi sawahnya beza dengan sawah padi kat Malaysia, sawah padi di Bali ni unik pada aku, jadi ini antara tempat yang korang wajib pergi.
Ni antara tempat2 Bali yang aku pergi antaranya Nusa Penida, Tanah Lot, Garuda Wisnu Kencana, Kelingking Beach, Broken Beach, Diamond Beach. NI semua termasuk 6 kali yang aku ke Bali ya.. Bukan trip 4-5 hari, tak. Memang 6 kali dan beribu gambar yang aku tak upload disini. Cukuplah aku share itinerary aku kt sini untuk korang tengok dan jadikan panduan bila travel ke Bali.
Aha cukup tak? Kalau nak kata 4-5 hari memang tak cukup. Aku ni ada jenis perangai yang kalau aku suka satu tempat tu aku akan datang berkali2. Tapi buat masa sekarang tahun 2023 ni aku stop nak ke Bali dulu. Nak fokus pada tempat dan negara lain dulu. Eh sabar jap...ni baru trip kedua travel aku iaitu Bali. Rasanya aku nak kene sambung dengan trip travel ketiga, rasa2 aku pergi mana? Jom....
A










Comments
Post a Comment