J A K A R T A & B A N D U N G
First time naik flight. Kelakar. Semua benda macam tak tahu. Sebab first time pergi travel luar negara, aku dah lupa macam mana aku check in, sebab dah lama benda tu berlaku, haha. Masa tu yang aku ingat touch down @ Soekarno-Hatta International Airport, Jakarta. Besar airport tu, aku pun dah lupa yalah tahun ni dah masuk 2023 kot, aku baru terkial2 nak tulis blog sedangkan masa aku pergi Jakarta ni tahun 2015, haha gilo.
Tengah raya sekarang ni, aku cuti lama so nilah peluang nak try buat blog sendiri. Dah lama aku plan nak buat travel blog, asyik tak berjaya je, sibuk kerja. Kerja designer faham2lah, bila kau nak rehat time tu tak nak buat apa2 je. Nak restkan minda. Selamat Hari Raya 2023 guys! Makanlah puas2 nanti da boleh plan untuk puasa ganti atau puasa enam, insya allah.
Ada apa dengan Jakarta? Macet la. Bayangkan dari airport aku lepak dalam kereta dari pukul 4 petang (4 sore) sampai ke bandar Jakarta (belum sampai hotel lagi) dalam pukul 8 malam baru sampai. Macet is real gaiss... Kalau mental kuat, layankan je. Kalau mental tak kuat, tak payah travel, duduk rumah.
Sampai Jakarta, aku cari makan. Masa tu first time pergi negara orang jadi gambar2 aku tak berapa bagus kualiti dan tak berapa cantik angle photo. Aku tak expert sangat nak ambik gambar masa tu. So janganlah gelak tengok gambar2 yang aku snap, kalau ada buruk tu abaikan je. Masa ini aku dah macam pelik sebab restoran ni jenis hidang pelbagai lauk tp dalam mangkuk kecik2.. rupanya kalau kita ambik sikit pun dia akan tetap kira. Tak kisahlah kalau nak buat raso raso ke tetap diambil kira. Jadi pengajarannya rajin2 la bertanya ya. Jangan main ambik je.
Ni antara yang aku sempat snap. Sebab cara aku travel dulu tak macam zaman sekarang, semua makanan nak snap. Mana yang aku sempat snap, aku snap je. Ada juga makanan yang aku ambik macam sayur, makanan yang pelik2 aku memang tak ambik. Kat Jakarta ni makanan murah, bayangkanlah aku masa tu tak tahu sangat berapa banyak duit yang aku kene bawa jadi aku bawa duit yang ditukar siap2 dalam IDR5juta (RM1,500). Aku tak buat itinerary, aku cuma redah je. Apa pun itinerary ni hanya dari plan je selebihnya apa yang kita plan kadang2 tak jadi ya. Apa pun kene ada back up plan.
Selain dari restoran Nasi Padang (aku tak ingat apa nama restoran yang aku makan kat atas) ada juga warung2 tepi jalan, tapi selalulah berhati2 kadang kita tak pasti apa makanan yang disajikan kat tepi2 jalan tu halal ke tak halal meskipun penjualnya nampak macam orang Islam.
Jakarta ni sinonim dengan Bandung, dari Jakarta ke Bandung (kalau tak berapa macet) dalam 2 jam boleh sampai. Jalan tetap sibuk dengan pelbagai mobil (kereta) dan kehidupan orang di sana sama je macam Malaysia. Aku tak banyak luangkan masa di Jakarta tapi lebih ke Bandung.
Apa yang menarik Bandung ni dari sisi mata aku?
Aku bukan kaki shopping, makan pun ala kadar je. Cuma aku dah mula rasa macam best snap photo best2 bila aku start travel. Dari situ aku dah mcm mula minat travel ni. Dari cuba2 terus jadi suka. Jadi apa ada kat Bandung? Jom tengok gambar2 aku.
Kawah Putih adalah tempat wisata di Bandung yang paling terkenal. Lokasi di Ciwidey, Jawa Barat, kurang lebih sekitar 50 KM arah selatan kota Bandung, Kawah Putih adalah sebuah danau yang terbentuk akibat dari letusan Gunung Patuha. Harga tiket masuk Kawah Putih pada hari biasa dan hari libur (cuti) tetap sama harganya IDR15 ribu rupiah (RM4.45), kau hado? Murah kan? Gila la murah.
Tapi kat Kawah Putih ni pada aku panas. Tang mana sejuk tu aku tak berapa pasti, mungkin ada waktu2 cuaca dia sejuk sampaikan kena pakai jaket tebal atau berlapis2 baju tapi pada waktu aku datang memang panas. Kat kawah putih ni memang banyak orang, jangan risau ada banyak kemudahan kat sini antaranya;
• Kawasan parkir yang luas
• Mushola (surau)
• Tandas
• Restoran dan warung makanan
Kawah Putih ni dibuka dari jam 7 pagi sehingga 5 sore (petang). Singgahlah sekali baru lah rasa macam mana lihat dengan mata. Cuma satu aku nak pesan, kalau tak tahan bau belerang (kawasan kawah), pakai masker, pakai kacamata hitam dan paling penting gunakan sunblock ya.
Banyak cenderamata yang kita boleh beli buat balik sebagai kenang-kenangan, aku pulak pertama kali pergi Jakarta & Bandung ni tak tahu sangat nak beli apa. Hanya aku suka shoot gambar2 je. Tapi masa ni gambar2 aku seriously level beginner gila2. Takpe layan je.
Antara makanan yang aku cuba dan sedikit ole ole dari Bandung. Ikutkan hati nak upload semua je gambar tapi aku ada banyak lagi pengalaman kat negara lain yang aku kena kongsi. Aha, ni baru first trip travel gaisss... Walaupun pertama kali aku travel ke Jakarta, tapi aku ada pengalaman yang sedikit misteri untuk aku kongsi tapi aku tak nak cerita lebih terperinci. Aku cuma bisa cerita sedikit je, aku diganggu ketika menginap di hotel Jakarta (aku tak ingat namanya tapi itulah pengalaman pertama).
Benda nak jadi, apa boleh buat betul tak? Banyak lagi photo2 yang aku boleh share tapi cukuplah sampai sini sahaja cerita aku travel ke Jakarta n Bandung. Aku ada banyak lagi cerita pasal travel ke negara lain pula, tak habis 1001 hari ni. Khamis dah nak kerja dah, takut tak ada peluang nak cerita lagi. Oklah, stay tuned untuk tempat seterusnya.....
Agak2 aku travel ke mana lagi lepas ni? Stay tuned gaiss.
AVA



Comments
Post a Comment