B A N G K O K
Thailand? Aku rasa ni trip yang keempat aku terjah. Pertama kali ke Bangkok, setelah seminggu ke Siem Reap Cambodia, ni antara kerja gila yang aku buat. Aku pun tak pasti mcm mana cuti aku boleh lepas aha bercuti sakai dalam sebulan. Trip ni 4 hari 3 malam, redah tanpa plan atau itinerary, hotel pun last minute plan. Macam biasa kita study Bangkok map dulu nak tengok mana area yang aku pergi.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bangkok dalam 2 jam 15 minit. Aku touchdown di Don Mueang International Airport. Tak jauh mana pun Bangkok ni. Airport pun biasa2 je.
cc: qlicfire
Pening kan kalau mula2 korang tengok map Thailand ni. Pengangkutan utama aku ialah LRT dan bas. Dekat Thailand ni macam KL juga banyak pakai LRT atau bas, kalau nak naik tuk tuk, tak semua tempat boleh naik sebab lebih kurang mahal juga harga, tapi aku tak tahu harga tuk tuk sekarang sebab dah lama tak pergi Bangkok.
Trip Bangkok ni banyak trip santai2 je. Floating market, Chatuchak market dan merasalah naik gajah untuk pertama kali tapi itu yang kali pertama dan terakhir ya. Lepas ni aku tak nak naik lagi, rasa bersalah dan kesian. Kalau dulu aku tak tahu, pengalaman pertama kan? Tapi bila dah naik dan nampak gajah tu kene pukul untuk bagi mereka jalan, aku macam dah tak boleh dah. Kesian. Tapi terpulanglah korang nak naik ke tak.
Aku tak ingat sangat nama2 tempat nak share (mungkin aku lupa nama2 tmpt tu) jadi aku share photo2 untuk korang tengok, jom....
Aku stay di Hope Land Executive Residence, berdekatan dengan LRT BTS-Phra Khanong dimana aku cuma berjalan kaki sebanyak 350m dari hotel. Kalau nak ke airport pun dalam 22km mcm tu. Kalau korang nak pergi Platinum Mall pun boleh naik LRT.
Antara tempat2 di Bangkok yang aku pergi:
• Damnoen Saduak Floating Market
• Elephant Village and Monkey Show
• Chatuchak Market
• Asiatique The Riverfront
Harga tiket mungkin berubah2 sebab masa aku pergi pun beberapa tahun yang lepas, jadi rajin2lah korang survey @ Klook atau mana2 website yang terkini untuk tahu harga2 tiket ya. Aku pun dah lama tak travel ke Bangkok jadi mungkin harga terkini aku tak boleh nak update sini. Sebelum aku share photo2 aku di Bangkok, meh aku kongsikan antara promo Klook yang korang boleh tengok;
Murah kan? Tapi jangan lupa baca terma dan syarat sebab apa jua promosi ni ada p & c jadi baca dulu sebelum beli. Apa pun beli tiket dulu baru settlekan benda lain mcm hotel + transport + tiket dsb. Pada akulah, apa pun lepaskan beli tiket penerbangan dulu, dah confirm baru book hotel dan tiket2 masuk yang lain. Aku dah banyak beli promo melalui Klook, kadang2 promo boleh tahan murah juga. Download je apps Klook, ia akan membantu korang mendapatkan harga promo untuk aktiviti + tempat tarikan + tiket taman tema dsb. Bagi memudahkan dan mengelakkan daripada anda terlepas promo-promo yang hebat, sila 'turn on' notifications dari apps Klook sekarang.
Oklah, itu baru Klook, ada banyak lagi apps aku nak share dengan style cara aku travel. Korang kene tahu travel kita berbeza2, jangan banding2. Mungkin tak semua panduan aku korang boleh ikut, tapi sekadar menambah pengetahuan sebab aku pun masih belajar2 lagi pasal travel. Jadi ambik yang positif2 aja ok. Jomlah layan photo2 beginner aku. (gambar dulu2).
Damnoen Saduak Floating Market ni kalau tak silap aku harga yang aku datang dulu dalam kurang dari RM100. Tapi jangan banding dengan harga sekarang. Aku check di Klook (tahun 2023) dalam RM107 untuk setengah hari tour. Berbaloi ke? Cubalah sekali, merasa naik boat boleh makan ice cream kelapa, sedap.
Tapi makanan lain aku tak cuba sebab kurang yakin halal. Pergi travel ni kena selalu hati2 terutama bab makan2. Kena ambil tahu halal haram ya. Selain dr makanan dan minuman, area floating market ni korang boleh turun dan pergi kedai cenderamata yang korang boleh beli dan bawa balik.
Sempat juga aku jumpa koleksi2 canvas art kat sini tapi aku tak beli. Cuma mengabadikan kenangan2 naik floating market. Tapi dalam banyak2 gambar, ada satu gambar yang buat aku tertarik nak shoot. Agak2 gambar apa?
Aku suka gambar ni. Jom layan tempat lain pula.
Oklah kali ni aku nak merasa naik boat melalui Sungai Chao Phraya, dengan harga tiket sekali pergi dalam 150 Baht - RM20.00 (zaman dulu bukan sekarang), aku dapat naik last boat nak menuju ke Asiatique Riverfront.
All Day River Pass is suitable for traveller who want to spend day and night enjoying Chao Phraya River. It can be used for unlimited hopping between 8.30-19.15 daily on Chao Phraya Tourist Boat (Blue Flag).
The price is only 150 Baht with special discount when purchasing online!
Operating Time
Boat leaves Sathorn and Phra Arthit piers every 30 minutes (with some 20-45mins intervals).
From Sathorn to Phra Arthit 09:00 - 19:15 hrs
From Phra Arthit to Sathorn 08:30 - 18:30 hrs
Stopping Piers:
Sathorn Pier — BTS Saphan Taksin station / Wat Yannawa
ICONSIAM — Mega Shopping Mall
Ratchawongse Pier — China Town / Wat Mangkon Kamalawat
Rajinee Pier — MRT Sanam Chai / Flower Market
Wat Arun Pier — Wat Arun (The Temple of Dawn) / Wat Pho( The Temple of Reclining Buddha)
Tha Tien Pier -- Wat Pho( The Temple of Reclining Buddha) ** Temporarily closed for renovation
Tha Chang Pier -- The Grand Palace and Wat Pra Kaew (The Temple of Emerald Buddha)
Tha Maharaj Pier — Community Mall & Amulet Market
Prannok Pier -- Street Foods / Siriraj Hospital
Phra Arthit Pier — Khaosan Road
Terms & Conditions:
1. Please be informed that you are able to exchange the e-ticket to the real paper ticket with the travel guide at any pier the boat stops. The e-ticket is not valid to use for boarding.
2. The e-ticket is valid for 90 days after the online purchase date.
3. This e-ticket cannot be refunded or exchanged into cash.
4. Children under 90cm are free of charge, children with the height of 90cm and over are required to purchase the ticket at the same price as adults.
cc : https://www.chaophrayatouristboat.com
Update terkini dari website pada siapa2 yang ada plan nak naik boat melalui sungai Chao Phraya. Aku tengok tadi masih harga yang sama juga, jadi murahlah kan?
Aku sampai sebenarnya petang dalam masa sunset tapi sebab perut dah lapar jadi perhatian aku lebih mencari makanan halal. Nak tengok aku makan apa...
Mahal juga kalau tak silap aku dalam RM40.00 satu set dengan nasi. Tapi sebab dah lapar jadi aku takde pilihan lain. Lagipun masa aku datang ni, ni satu2 nya restoran macam Indian Restaurant yang halal yang aku boleh makan. Asiatique ni banyak cafe, restoran dan kedai2 cenderamata atau ole-ole yang korang boleh beli disini, ada juga benda2 menarik yang menarik perhatian aku.
Comel-comel kan? Ni sabun ya, adalah aku beli 2 ketul tapi dah lupa yang mana satu. Aku tak banyak kongsi gambar makanan sebab aku bukan pemburu makanan. Aku ni bukan memilih makanan tapi kalau negara tu mcm bukan negara Islam, aku macam payah sikit. Jadi aku cuma makan apa yg aku rasa halal baru aku nak makan. Lagipun dulu takde apps macam Halal Travel tu, kalau sekarang senang je guna apps cari makanan halal. Dulu banyak google je. Kalau kat Bangkok terutama waktu pagi breakfast sebelum aku keluar, aku akan makan ni je di hotel.
Aku akan elakkan nasi goreng ke mee ke sebab tak yakin hehe. Terpulanglah masing2 ok. Bangkok ni banyak je makanan halal cuma aku malas nak redah cari, jadi aku makan je apa yang ada.
Aku rasa sampai sini sahaja perkongsian aku travel ke Bangkok. Aku akan kongsikan post selanjutnya mana aku travel lagi. Jom!
A





Comments
Post a Comment