C A M B O D I A

Travel trip yang ketiga aku ke Siem Reap, Cambodia. Tak tahu kenapa tiba2 rasa nak pergi tempat yang aku sendiri tak pernah terfikir. Jom kita study pasal Siem Reap Cambodia dulu sebelum aku share tempat2 yang aku pergi.

cc: belaroundtheworld.com

Kenapa Cambodia? Cambodia ni nak kata Thailand punya, bukan. Vietnam punya pun bukan. Laos punya pun bukan. Tapi Cambodia ni menjadi rebutan antara kesemua yg aku sebut tadi. Menariknya Cambodia ni sebab aku ikut kata hati nak travel sana. Aku ni suka negara yang orang Malaysia kurang pergi. Selagi aku boleh explore, aku explore.

Aku selalunya akan ambil flight malam atau pagi tapi Cambodia ni kalau tak silap aku, aku naik flight pagi jadi tengahari aku dah sampai. Perjalanan pun tak panjang sangat lebih kurang 2 jam mcm tu. Dekat kan? Macam kau balik Sabah atau Sarawak, ha cmtulah. Aku touchdown di Siem Reap International Airport, kali ini aku tak explore Phnom Penh sedangkan itu airport utama Cambodia. Kali ini aku cuma nak redah Siem Reap selama 4 hari 3 malam. Selalunya aku kalau travel paling lama seminggu, paling kejap dalam masa 4 hari 3 malam itupun tak puas, aduhai.

Bila dah touchdown, aku kene pow dengan imigresen kt sana. Tak pasal RM20 terbang, aduhai. Kat Cambodia aku terpaksa pakai driver tuk tuk yg aku book utk 4 hari 3 malam, sebabnya? Aku tak study pasal tren or bus kt sana. Aku mcm malas nak redah naik bas ke apa ke..Aku mcm nak tenang2 je naik tuk tuk untuk pertama kali. 

Berapa lama masa diperlukan untuk tour pusing2 di Angkor Wat ni? Terpulang pada itinerary korang tapi aku cadangkan korang sampai seawal jam 5 pagi untuk kejar sunrise. Masa tu memang korang akan nampak cantik gila sunrise tu naik lepas tersorok di celah2 angkor wat tu.

Cantik kan? Aku sebenarnya tak jumpa itinerary Cambodia ni. Jadi apa yg aku ingat aku share je. Mana tempat2 yang aku masih ingat namanya aku share kt sini untuk panduan korang. Sebenarnya tak ramai suka travel kat sini, aku faham sebab apa. Siem Reap ni macam bandar kecil atau pekan la senang aku cerita. Tapi perjalanan ke tempat2 menarik macam Angkor Wat tidaklah berapa jauh sebenarnya.

Tiket masuk ke Angkor Wat kalau tak silap aku dalam RM50 (tahun dulu, bukan sekarang). Tapi sekarang tahun 2023, kalau korang beli melalui apps Klook dalam RM83.00 per pax. Rajin2lah tengok Klook apps dan bandingkan dengan harga website. Klook ni trusted ya, jadi memang boleh percaya tapi sebelum beli tu apa pun bacalah terma & syarat dulu, jangan main beli.

Eh! Aku lupa nak bagitahu korang. Walaupun Siem Reap ni kecil je pekannya, mereka lebih utamakan matawang USD berbanding dengan matawang mereka sendiri iaitu Riel. Bila aku check sekarang contoh : RM1000.00 = 912158.24 Riel. Aku cuma boleh nasihatkan korang tukar USD siap2 kat Malaysia sebelum travel ke sini. Selalunya budget aku tak tinggi kalau travel, cuma kalau boleh korang book siap2 hotel + pengangkutan supaya tak terlebih budget nanti. USD ni boleh tahan tinggi juga, jadi hati2 kalau nak berbelanja. Nak tengok mata wang Cambodia?

Tapi mereka lebih utamakan USD untuk apa jua urusan jual beli. Duit Riel tu aku boleh simpankan je buat kenangan2. Siem Reap ni banyak tempat sejarah2 yang setiap tempat ada jalan cerita sendiri. Ada orang suka tempat2 mcm ni, ada orang kurang suka jadi tergantunglah masing2 punya pilihan. Janji travel tu syok! Aku perasan Cambodia ni banyak 'foreigner' dari orang2 kita padahal orang2 di Cambodia ada yang boleh cakap Melayu dan banyak juga orang Islam. Pergi dulu, baru tahu best ke tak.

Katanya tempat shooting movie Tombraider lakonan Angelina Jolie. Sila tonton movie tu kalau korang dah sampai sini. Besar tau dahan pokok ni.

Besar weh. Unik dan penuh sejarah pada aku. Aku luangkan masa dalam berapa jam kt sini, sebab kawasannya besar juga, rugi kalau habiskan masa cepat2 kt sini. Aku senaraikan beberapa tempat yang aku redah disini antaranya ;

• Angkor Wat

• Ta Prohm Temple

• Angkor Silk Farm

• Koh Ker

• Hard Rock Cafe

Apsaras dance and dinner shows

• Cambodia Cultural Village

• Pub street (cafes, massage)

Tonle Sap Lake





Aku harap korang enjoyla dengan gambar2 aku yang tak seberapa. Biasalah belum pandai lagi bab angle2 photo. Ada satu makanan yang aku cuba ketika di sana. Daging lembu naik bukit menunya. Comel kan? Aku bukan peminat daging tapi ni sedap. Dagingnya lembut dan sayurnya juicy juga. Lagi2 ada bawang, memang aku suka. Korang please try sekali.


Aku ada cuba juga makanan macam dessert juga, tapi aku memang tak ingat nama menunya. Sebab aku baru start nak buat travel blog setelah sekian lamanya jadi mana yang aku ingat aku share. 

Pada siapa2 peminat kain sutera atau nak tengok depan mata bagaimana kain sutera dihasilkan korang bolehlah pergi ke Angkor Silk Farm. Disitu proses daun dimakan ulat sutera - kepompong yang dibuat ulat sutera - dari kepompong itulah menjadi benang sutera - proses mewarnakan benang - terus jadi sutera..Jom layan gambar.


Aku geli dengan ulat bergerak2 ni. Tapi inilah pengalaman paling berharga yang aku boleh dapat disini. Tak sia2 kan travel ke Siem Reap ni. Banyak betul pengalaman best yang aku dapat, nak cerita berpuluh2 muka surat pun tak habis. Selain dari ulat sutera, aku pun ada tengok macam mana cara mereka buat sabun. Jom layan gambar2


Aku kan suka benda2 wangi macam ni. Jadi bila ada peluang memang aku akan pergi tengok. Sebenarnya Siem Reap ni memang menarik, cuma aku rasa 4 hari 3 malam tu memang tak pernah cukup. Tapi sekurang2nya aku dah berjaya jejakkan kaki ke sana. Apa pun soalan yang korang nak tahu pasal Siem Reap boleh komen di bawah. Aku cuba akan beri panduan atau menjawab segala soalan korang. Aduhai, long way to go gaiss, ada banyak lagi pengalaman travel di negara lain pula aku nak share dengan korang. Aku cuba sehabis baik siapkan blog ni sebelum aku travel bulan Julai. Oklah, rasa2nya lepas ni nak pergi mana pulak? Aha...

Tunggu....

AVA












Comments

Popular posts from this blog