18 Nov 2023 • Sabtu •

Salam weekend. Aku belum berkesempatan nak update semua trip2 yang lepas. Ini pun sebab tangan rasa gatal nak menulis la ni. Minggu ni aku dah start back on track balik, start jogging setiap pagi, sebab itulah 'me time' yang aku susah nak dapat bila da start kerja opis (9 - 6pm) ni. Balik rumah dah penat daaa...

Aku ada satu gambar nak kongsi dengan korang. Gambar ni masa tu aku pakai mirrorless nikon z50 yang aku shoot gambar2 yang ada kt bawah ni. Enjoy.

Ada foto-foto kat Penang, KL, Japan, Indonesia. Semua aku sengaja print dalam warna black + white. Sebenarnya masa buat 'flatlay' ni ada banyak gambar lagi yang aku tak print, kebanyakan gambar2 yang aku shoot tu terlalu banyak untuk dipilih. Jadi mana yang sempat aku pilih n print, inilah hasilnya. Aku bukan photographer profesional, cuma aku suka shoot mana yang aku rasa nak shoot je. Dalam erti kata, just for fun ya. Kalau korang tanya aku kenapa tak ambil kursus fotografi dulu? Aku lebih mengejar bidang graphic design berbanding fotografi. Mungkin masa tu aku takde camera sendiri atau aku lebih serius ke arah design. Tahu2 dah penat buat design, aku dah beralih arah ke dunia foto. Tapi aku belum serius ke arah pro, sebab aku lebih fokus pada travel je buat masa sekarang. Orang kata travel n snap untuk koleksi diri sendiri, kalau korang suka photo2 aku, alhamdulillah. 

Jumpa lagi nanti.

A

Comments

Popular posts from this blog