21 Nov 2023 • Selasa •

 

K U C H I N G, S A R A W A K

Sekeping hati di bawa berlari.

Sedap eh potongan ayat tu. Hari ini aku kebetulan free sikit waktunya, bolehlah nak becerita pasal long trip aku selepas covid melanda satu dunia (tapi tak semua negara 'lockdown' ya). Ok, kalau tak silap aku ketika Malaysia umumkan nak buka kembali aktiviti 'travel' la atau masa tu mula2 'travel bubble', aku memilih untuk berdiam dan tak plan ke mana2. Aku rasa sangat2 leceh kalau travel time tu ramai orang, bersesak2 di airport. Aku ni 'introvert' kadang boleh jadi 'extrovert' tergantung situasi, tapi kalau nak travel tika semua orang pergi travel mcm tak best la. Jadi masa tu ramai ke sana sini walaupun boleh travel kita dinasihatkan pakailah mask di mana jua kita travel dan masa tu kad vaksin (MySejahtera) sangat2 la penting. Mana2 check in n check out kene tunjuklah MySejahtera tu. Jadi aku macam rimas la, aku pilih stay at home jelah. 

Jadi selepas dah mcm okay dan dah ada kelonggaran untuk travel aku pilih nak pergi Sarawak (destinasi pertama selepas covid). Kebetulan tiket pula murah juga, aku book hotel dan mula buat itinerary.  

Masa sampai airport KLIA, banyak kedai2 yang ditutup, tak meriah lansung, kedai2 makan juga tutup. Aku pun tak tahu macam rasanya berada di kawasan yang tak ada orang. 

Sunyi sepi je macam takde orang. Penangan covid ni cukup memberi kesan pada aku dan pada traveler yang lain. Travel ni dah macam satu terapi yang bagus buat diri aku. Pada yang tak biasa travel atau tak suka travel, janganlah kecam kami yang suka travel ni. Ini adalah hobi atau salah satu cara healing aku.

Aku beli tiket pagi ke Kuching, Sarawak. Macam biasa aku berbagpack aja. Short trip dan hanya 3 hari 2 malam aku ke sana. Biasalah dah tak keruan nak berjalan, kaki aku ni jenis tak duduk diam. Aku menggeletis la nak pergi travel selepas 2 tahun tak kemana2. Aku rindu bunyi flight, situasi airport, rindu nak check in, check out hotel. Jadi flight aku dalam pukul 8 pagi dan sampai Kuching dalam pukul 11 pagi. Macam biasa solo traveler macam aku, bas akan menjadi main transport aku, jadi dari airport aku terus ke bandar Kuching dengan menaiki bas. Perjalanan ke bandar Kuching dalam 16 minit dari airport, jadi aku rasa naik bas ok kot. 

Dah sampai bandar Kuching, aku berjalan kaki hanya untuk mencari spot2 yang best atau mungkin yang tak pernah aku tengok ke apa ke. Jomlah layan gambar2 aku.
 


Masjid bahagian Kuching Sarawak

Ini masjid pertama yang dibina di bandar Kuching Sarawak pada tahun 1847. Masjid besar inilah yang pertama dan paling tua di negeri Sarawak dan menjadi lambang Islam di negeri ini. Kali ini itinerary aku biasa2 je, nak lepaskan kerinduan travel je, aku pun rasa mungkin korang dah biasa pergi Sarawak kan? Jom layan gambar2 jelah.

Kuching Waterfront

Kuching Waterfront menawarkan pemandangan yang sangat baik dari Astana, Fort Margherita dan kampung Melayu yang garis tepi utara sungai. Masa aku snap gambar-gambar ini memang tak ramai orang dan cuaca boleh tahan panas juga. Aku suka snap masa takde orang, memudahkan kerja aku. Tenang sebenarnya kalau bukan time peak season, kita bebas ambil gambar ke buat video ke.. Senang, betul tak? Jom layan gambar2.




Di bawah Waterfront ni ada kedai yang menjual Aiskrim Gula Apong jadi tak susah nak buat pilihan. Ini namanya Aiskrim Gula Apong. Gula" berarti gula, sementara "Apong" merujuk pada jenis gula yang berasal dari air nira (sap) pohon nipah. Ada banyak perisa yang boleh kita pilih. Jadi selepas aku menikmati pemandangan di Waterfront Kuching, aku terus contact teman aku yang kebetulan boleh menghantar aku ke tempat yang aku nak check in. Perjalanan dari bandar Kuching ke The Culvert dalam masa 4 jam lebih. Aku harap sangat Sarawak ni taklah sesak sangat (memang betul ehhehe).. Ada satu gambar yang aku sempat snap dalam kereta ketika perjalanan ke sana.

Gunung Santubong (dari jauh), cantik ah. Apa sejarah Gunung Santubong ni? Gunung Santubong adalah sebuah gunung yang terletak di Sarawak, Malaysia. Gunung Santubong sering dikaitkan dengan berbagai legenda dan cerita rakyat. Salah satu cerita yang terkenal adalah kisah tragis tentang Puteri Santubong, seorang puteri yang dikatakan cantik dan baik hati. Legenda ini melibatkan persaingan antara dua puteri, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang, yang bersaing untuk mendapatkan cinta seorang pangeran. Kisah ini berakhir tragis dengan kematian Puteri Santubong, dan konon, gunung ini adalah bentuk jasadnya. Pada pendapat aku semua gunung ada cerita tersendiri. Semua gunung pada aku cantik, unik. Aku pun tau yang kita boleh hiking ke Gunung Santubong ni, walaupun tak sepopular Gunung Kinabalu, Sabah tapi kita masih boleh cuba hiking  ke Gunung Santubong. 

Jom kita layan gambar2 The Culvert, Kuching, Sarawak.

The Culvert Hotel Resort

 










The Culvert ni aku baca review macam best. Jauh dari bandar sikit lebih kepada nature calls. Aku memang sangat2 suka Nature view ni, nak bangun pagi2 nak hirup udara lebih tenang dan damai. Satu malam di The Culvert ni boleh mencecah RM230 semalam jadi rajin2lah check bila ada diskaun atau offer yang murah. 

Ada kolam renang, ada cafe untuk lepak makan, gym dan spa juga. Mungkin itu harganya tak termasuk dalam harga bilik, boleh check dengan CS hotel lobi.
 



Menarik kan? Boleh turun bawah untuk main pantai, boleh lepak kat gym, pergi spa massage. Untuk healing memang terbaik The Culvert ni, aku bagi 4/5 bintang untuk rating menginap disini. Untuk family pun ok, ada kolam renang dan aktiviti boleh dibuat kt sini. Disebabkan aku tak biasa dengan makanan Sarawak kecuali mee kolok tu jelah. 

Sunset dia cantik sangat. Kebetulan aku datang mungkin bukan time hujan, jadi aku berkesempatan tengok matahari terbenam, cantik betul ciptaan Allah swt.

Aku suka kecik2 macam ni, senang. Cuma kena pastikan tilam tak berpasir la. Lena juga malam2 tidur, tapi aku cuma ambik 1 malam je kt sini, buat raso2 bak kata orang. Aktiviti malam aku? Hanya snap photo2 malam, pergi dinner, NGOPI (wajib) dan balik tidoo...




Tolong jangan tanya nama menu ni apa. Aku tak ingat, tak pasti. Sebab aku ni bukan jenis 'food hunter', apa yang ada aku order n makan. Nak order banyak2, aku sorang je. So makanlah apa yg boleh mengenyangkan. Waktu mengopi jangan lupa kerana aku penggemar kopi tegar, setiap tempat negeri atau negara yang aku pergi wajib MENGOPI.

Esok nak gerak pagi2 ke Taman Nasional Bako, perjalanan dari hotel ke sana dalam 50 minit. Esok pagi lepas dah kemas2 semua aku dah check out, terima kasih The Culvert. Insya allah kalau ada peluang aku datang lagi.

Sampai ke Taman Nasional Bako, aku harus cari lagi 3 atau 4 orang untuk cukupkan kami ke sana dengan menaiki boat. Aku kebetulan datang sendiri jadi aku harus cari atau tumpang mana2 kumpulan yang tak ramai. Satu boat dalam 5 orang jadi pandailah2 ringan mulut bertanya ya? 

Waktu Operasi Pejabat

Sabtu, Ahad : Tutup
Isnin – Jumaat : 8:00 pg ke 5:00 ptg

Harga Tiket

Warganegara
Dewasa - RM10    Kanak-Kanak - RM5

Warganegara
Pelancong Asing - RM20    Kanak-Kanak - RM10

Tapi harga ini time aku pergi tahun 2022, kalau tahun ni dah 2023 aku tak pasti dah naik harga atau macam mana.. Kena rajin check ya, jomlah kita layan gambar2.



Pertama kali naik boat? Taklah, banyak kali dah. Cambodia pernah, merata Semenanjung Malaysia pernah cuma sarawak ni istimewa buat aku sebab ada buaya, haha. Scary juga tengok ada papan tanda AWAS ADA BUAYA.

Bila alang2 dah join satu group ni aku follow teruslah sampai atas. Best juga, tenang je, jom layan gambar2.










Akhirnya sampai juga ke puncak atas. Tak ramai orang pulak kecuali kami berempat, trek Bako ni ok la biasa2 je, ada kene panjat sikit bukit, jalan mendatar pun ada cuma kena selalu berhati2 takut ada binatang buas. Oleh kerana dah sampai dekat pukul 3 petang, aku dan teman2 semua kembali ke trek asal untuk menanti boat kami. Jom layan gambar2 kat kawasan pantai Bako.



Oh ya, dah sampai pun boat aku, lama juga tunggu hehe. Tika dah sampai, aku terpaksa mencari grab untuk check in hotel kedua tapi aku baru tahu yang Sarawak lebih suka menggunakan khidmat Maxim, mungkin lebih murah. Perjalanan dari tempat boat ke bandar kuching dalam masa 35 ke 40 minit bergantung pada keadaan jalan juga. Nasib aku baik tak sesak dan hanya mengambil masa selama 30 minit je. Untuk hotel kedua, aku pilih nak stay di Tune Hotel Kuching, di tengah2 bandar Kuching. Semalaman di Culvert yang penuh dengan nature, kali ini aku pilih kawasan bandar. Satu malam di Tune dengan harga RM96 pada aku sangat2 berbaloi. Tak perlu nak naik grab atau bas untuk ke mana2 hanya dengan berjalan kaki je, senang kan? 

Jom layan gambar2 aku di bandar Kuching.
 











Kek batik memang terkenal kat Sarawak ni, boleh rambang mata ya! Kalau nak beli dan borong silalah ke Mira Cake House, kene naik boat ke seberang lepas tu jalan sikit dan boleh nampak nama kedai tu. Bukan takat rambang mata tapi semua perasa kek nak beli. Ada yang harga RM10, ada RM15 tergantung nak perasa apa. Apa2 pun jangan terlebih shopping ya!
 
Dah puas jalan2, makan dan snap photo2, sudah sampai masa untuk pulang KL dengan flight petang. Jadi aku dah siap check out semua, terus call Maxim dan berangkat ke KL. Sebenarnya banyak tempat aku nak explore Sarawak ni tapi masa aku datang ni kan baru je open lockdown jadi banyak tempat belum dibuka sepenuhnya. Aku pun nak repeat lagi travel ke Sarawak ni lagi. Banyak tempat yang belum di jelajah sepenuhnya. Terima kasih sudi baca post aku kali ini, kalau aku rajin n banyak masa aku akan update trip kedua selepas Covid pada tahun lepas 2022. See you guys later!
 
A

















Comments

Popular posts from this blog