25 Nov 2023 • Sabtu •

 

Malam minggu. Apa aktiviti korang semua? Travel? Lepak? Jalan2 di area Bukit Bintang? Pavillion? Situ kalau malam2 meriah oi. Malam ni aku tak nak cerita pasal trip aku yang lepas2 cuma nak share some collection travel photos aku sepanjang beberapa tahun ke sana sini. Tapi kebanyakan gambar2 yang aku snap tu aku memang edit, tengok mood juga, kalau takde mood memang aku tak edit lansung. 

Kebanyakan photo2 yang aku snap tu hanya guna 3 je :

• NIkon Mirrorless Z50 

• Nikon D90

• Iphone 13 Pro Max

Lens untuk 2 jenis kamera tu pun pakai standard je, aku takde upgrade ke high spec lens sebab aku tak pernah rasa aku ni pro dalam snap photo2. Aku cuma hobi snap gambar ni suka2 je, tak pernah bermimpi la nak setanding dengan orang lain yang lagi bagus. Apa yang aku tahu apa yang aku snap ketika travel, ketika ngopi hanyalah seumpama secebis cerita yang aku tak mampu nak ungkapkan melalui kata2 jadi melalui photo2 je aku berkongsi. Tapi aku sekarang berhajat nak 'reward' diri sendiri beli Fuji camera pula, aha itu lain cerita kita sembang.

Jom layan2 koleksi photo2 aku dengan preset kegemaran aku. 

Kg Agong, Penang

Ni aku shoot ketika aku jalan3 ke Kedah, aku terus ke Penang singgah ke Kg Agong ni. Lokasi yang berkonsepkan seni tradisional ini lebih kepada konsep jelapang padi serta rumah kampung. Syaratnya kene datang awal2 sebab tak ramai orang. Bila bersesak2 nanti sukar nak snap photo2 dan dapatkan view yang cantik2. Tapi perjalanan dari Kedah ke Kg Agong ni taklah jauh sangat. Datang pagi2, insya allah boleh dapat good shot.

Kampung Agong beroperasi setiap hari seawal jam 9 pagi hingga 6 petang. Bagi warganegara anda dikenakan bayaran RM10 untuk dewasa, RM5 untuk kanak-kanak dan percuma bagi bawah umur 3 tahun.

Untuk yang bukan warganegara, tiket dewasa adalah RM18 dan RM12 bagi kanak-kanak serta percuma bagi umur 3 tahun kebawah.

Harga untuk OKU pula RM6 bagi dewasa, RM3 bagi kanak-kanak dan percuma untuk berumur 3 tahun kebawah.

Boleh tahan luas juga Kg Agong ni dan banyak aktiviti yang korang boleh buat, di antaranya ;

• Bergambar

• Berkhemah

• Berbasikal

• Berkelah

• Bermain layang layang

• Memberi makan kepada ikan

• Menggayakan pakaian tradisional

• Jelajah tram

• Menunggang kuda

Dan yang paling menarik sekali korang boleh stay di sekitar kawasan Kg Agong tu. Best oi! Boleh check in di homestay yang direka seperti rumah tradisional tinggi yang beratapkan nipah untuk korang merasai kehidupan seperti zaman dahulu di kampung. Phew, sure korang bangun pagi2 dengar bunyi ayam itik, kan kan? 

Kalau korang berminat nak bermalam di sini boleh layari website homestay yang aku share ni, semua details dan harga ada kat situ.

https://kampungagong.com/homestay/

Oklah untuk malam ini. Mungkin aku akan sambung lagi share photo2 koleksi yang lain atau update travel trip yang lepas (yang tak sempat aku upload). Selamat berhujung minggu korang!

A

 

 

 

 


Comments

Popular posts from this blog