9 Nov 2023 • Khamis •
Aku busy betul sampai tak sempat nak update apa2. 1 - 8 Julai aku berlepas ke Egypt, melengkapkan trip dan boleh dikatakan aku punya wishlist birthday June tahun ini, itupun dengan izin Allah swt. alhamdulillah. Tapi aku tak sempat nak update apa2 sebab busy kerja, busy macam2 hal dunia dan akhirat. Insya allah kalau ada masa aku update itinerary + perjalanan aku dari KL - Dubai - Egypt (transit), banyak kenangan manis dan pahit tak tercerita.
Aku tutup tirai tahun ini dengan travel ke Medan bulan lepas (Oktober). Dah takde lagi plan nak travel overseas (padahal kaki menggeletis nak jalan lagi, eh sudah2..).. Insya allah kalau Allah izinkan tahun depan aku plan untuk solo travel lagi. Antara lokasi yang bermain di fikiran aku ialah Kyrgyzstan, Sulawesi, Labuan Bajo, Japan (long trip). Tapi itu hanyalah plan, apa pun tergantung rezeki dan apa yang aku rancang.
Banyak trip yang lepas2 aku tak dapat nak update dalam blog ni kerana kesuntukan masa. Nak upload cerita perlu ada info dan gambar sekali barulah jelas betul tak? Aku ni sebab suka menulis, dan akan terus menulis. Harap korang sukalah baca, kalau ada soalan atau apa2 boleh dm aku kat email. Apa2 soalan mengenai trip, itinerary atau ke mana yang korang plan nak pergi mungkin nak tanya aku, silakan ok? Aku bukanlah expert sangat tapi bolehlah sikit2.
Oklah, sambung nanti, aku nak update gambar2 yang nak dijual di shutterstock pulak. Nanti kita sembang lagi eh...
A
Comments
Post a Comment